PROGRAM MOTIVASI TERAPI
KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SEKOLAH KEBANGSAAN CENDERAWASIH, KUANTAN
Tarikh : 27,28 dan 29 Julai 2010 (Selasa, Rabu dan Khamis)
Tempat : Kem Desa Cempaka, Kg. Cempaka, Jalan Sg. Soi, Kuantan
Penglibatan : 50 orang murid, 16 guru dan 5 Pembantu Pengurusan Murid (PPM).
Termasuk murid-murid Pra Pend.Khas
OBJEKTIF:
Di akhir aktiviti ini, diharap pelajar akan dapat:
Ø Mengenali, menyayangi haiwan seperti kuda.
Ø Menambah keyakinan diri murid bekeperluan khas dalam kehidupan.
Ø Meningkatkan keupayaan fizikal murid.
Ø Meningkatkan keupayaan mental murid.
Ø Membolehkan murid mengenali emosi marah,takut, suka dan sedih.
Ø Membolehkan kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas menerokai kemampuan diri sendiri semasa aktiviti.
Ø Membolehkan kanak-kanak dengan keperluan khas menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.
AKTIVITI HARI PERTAMA
27/7/2010 (SELASA)
9.00 pagi - Murid-murid dan guru bergerak ke kandang kuda yang terletak
di belakang SMK Tanjung Lumpur untuk aktiviti terapi berkuda. Semua murid diberi peluang menunggang kuda.Guru juga mengambil kesempatan menunggang kuda.
11.00 pagi – Bergerak ke Kem Desa Cempaka. Murid-murid mengangkat barang-
barang ke asrama dan berehat.
12.30 t/hari – Murid-murid dan guru mengurus diri dan bersedia untuk makan
tengahari.
1.30 t/hari – Solat berjemaah dan rehat.
4.30 petang – Aktiviti beriadah. Guru membawa murid berjalan di pesisir pantai.
7.30 malam – Murid dan guru mengurus diri dan solat berjemaah. Kemudian,
makan malam bersama dan bersedia untuk sembahyang isyak.
Ustaz Zamri dijemput untuk memberi tazkirah selepas sembahyang
isyak.
10.00 malam – Tidur