TARIKH :17 MEI 2010
TEMPAT : DATARAN INDAH, PADANG ASTAKA, SKC
PENGLIBATAN : SEMUA MURID TERMASUK MURID PENDIDIKAN KHAS
SELAMAT HARI GURU buat semua Guru-Guru yang mengajar di SK Cenderawasih...bermacam-macam aktiviti yang diadakan pada Sambutan Hari Guru peringkat sekolah..ada yang menyanyi.berlakon bersajak,pakaian beragam oleh murid sekolah..begitu juga Guru dengan persembahan mereka...
**Peserta pakaian beragam oleh murid-murid Pend Khas
**Bergambar kenangan bersama Guru Besar
Saturday, May 29, 2010
Saturday, May 15, 2010
DINOTREK
LAWATAN SAMBIL BERLAJAR KELAS PENDIDIKAN KHAS
PADA : 1 APRIL 2010
BERTEMPAT : PAMERAN DINOTREK YAYASAN PAHANG.
PENGLIBATAN : MURID : 54 ORANG TERMASUK MURID PRA P.KHAS
GURU : 15 ORANG
PPM : 5 ORANG
OBJEKTIF :
Di akhir aktiviti luar bilik darjah ini , diharap pelajar akan dapat :
- Memupuk semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan pelajar-pelajar Pendidikan Khas.
- Mengeratkan hubungan di kalangan pelajar Pendidikan Khas
- Memperoleh pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan aktiviti lawatan.
- Mampu berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain
- Melahirkan pelajar Pendidikan Khas yang bermotiwasi dari segi emosi, rohani, dan jasmani.
- Memperluaskan sosialisasi kanak-kanak istimewa.
- Mendedahkan murid kepada pergaulan dalam masyarakat iaitu cara untuk berinteraksi dengan orang lain sama ada secara formal atau tidak formal
Tuesday, May 11, 2010
SEJARAH KELAS PRA PENDIDIKAN KHAS
SEJARAH PRA INTEGRASI SK CENDERAWASIH
Pra Integrasi SK Cenderawasih ditubuhkan pada Februari 2006. Pembukaan rasmi kelas adalah pada 7 Februari. Seramai, 1 orang guru dan 1 orang pembantu pengurusan murid telah diberi tanggungjawab merancang dan melakasana kurikulum dan kokurikulum. Kelas pra ini mempunyai murid seramai 2 orang untuk tempoh 4 bulan dan kemudiaannya bertambah seorang lagi murid pada bulan Mei menjadikan jumlah 3 orang. Daripada 3 orang murid, seorang lelaki dan dua orang perempuan.
Murid yang ditempatkan di Kelas Pra Integrasi ini ada yang berhampiran dengan sekolah dan juga ada yang agak jauh dari sekolah. Kategori murid juga berlainan antara satu sama lain serta tahap pencapaian dan perkembangan murid agak ketara.
Pra Integrasi di SK Cenderawasih mendapat sokongan dari masyarakat di Cenderawasih khususnya dan komuniti luar amnya yang sentiasa peka dengan perkembangan pembelajaran anak-anak istimewa. Di harapkan usaha murni ini akan berterusan dan di rahmati Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)