SEJARAH PRA INTEGRASI SK CENDERAWASIH
Pra Integrasi SK Cenderawasih ditubuhkan pada Februari 2006. Pembukaan rasmi kelas adalah pada 7 Februari. Seramai, 1 orang guru dan 1 orang pembantu pengurusan murid telah diberi tanggungjawab merancang dan melakasana kurikulum dan kokurikulum. Kelas pra ini mempunyai murid seramai 2 orang untuk tempoh 4 bulan dan kemudiaannya bertambah seorang lagi murid pada bulan Mei menjadikan jumlah 3 orang. Daripada 3 orang murid, seorang lelaki dan dua orang perempuan.
Murid yang ditempatkan di Kelas Pra Integrasi ini ada yang berhampiran dengan sekolah dan juga ada yang agak jauh dari sekolah. Kategori murid juga berlainan antara satu sama lain serta tahap pencapaian dan perkembangan murid agak ketara.
Pra Integrasi di SK Cenderawasih mendapat sokongan dari masyarakat di Cenderawasih khususnya dan komuniti luar amnya yang sentiasa peka dengan perkembangan pembelajaran anak-anak istimewa. Di harapkan usaha murni ini akan berterusan dan di rahmati Allah.
No comments:
Post a Comment