Thursday, December 22, 2011

GRADUASI PRA

HARI ANUGERAH DAN GRADUASI PRASEKOLAH
12 NOVEMBER 2011
DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN CENDERAWASIH
2 ORANG MURID PRA SEKOLAH INTEGRASI

**ragam syaheed dan rahim semasa menunggu penyampaian sijil Pra pada hari graduasi

**betapa eratnya hubungan mereka jelas kelihatan

**Cikgu suhana tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama Syaheed dan Rahim

**bersedia untuk mengambil sijil graduasi.

**sijil disampaikan oleh Pengerusi PIBG sekolah

**Syaheed menjadi pelajar cemerlang bagi murid Pra Pendidikan Khas

**Rahim mengambil sijil..

**Syaheed bersama sijilnya

**bergambar kenangan bersama Guru dan PPM..

Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan 2012.
SEKIAN TERIMA KASIH

Tuesday, December 20, 2011

MAJLIS HARI LAHIR DAN AKHIR TAHUN

MAJLIS HARI LAHIR DAN AKHIR TAHUN
TEMPAT : HOTEL MEGA VIEW, KUANTAN
TARIKH :29 OKTOBER 2011
MASA : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari

OBJEKTIF :






  • Memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dikalangan pelajar-pelajar Pendidikan Khas.
  • Mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan ibubapa serta guru Pendidikan Khas
  • Memperoleh pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan Majlis hari lahir.
  • Melahirkan pelajar Pendidikan Khas yanag bermotivasi dari segi emosi, rohani dan jasmani
  • Memperluaskan sosialisasi kanak-kanak istimewa.
  • Mendedahkan murid kepada pergaulan dalam masyarakat iaitu cara untuk berinteraksi dengan orang lain sama ada secara formal atau tidak formal




  • **Murid-murid dan ibubapa yang menaiki bas tiba di hotel
     
    **membuat persiapan murid-murid yang masuk persembahan 


    **murid-murid mengambil tempat duduk masing-masing 

    **Rahim tidak sabar-sabar lagi untuk makan

    **sebahagian daripada ibubapa yang hadir...En Ahmad Nasir (ayah Syaheed)

    **Syaheed mengambil hadiah Hari Lahir yang disampaikan oleh Guru Besar

    **Persembahan Action Song yang disembahkan oleh murid-murid.PK..Tajuk : tanya sama pokok

    **Persembahan tarian daripada murid PK..Ketipung Payung

    **Persembahan Tarian kedua iaitu dengan lagu Sejak Ku Bertemu Padamu

    **Murid-murid Pra Pendidikan Khas Syaheed, Rahim

    Terima kasih kepada pihak Hotel Megaview, 
    Terima kasih kepada Ibubapa yang menjayakan Majlis Hari Lahir dan Jamuan Akhir Tahun ini 
    Terima kasih juga Guru-guru dan PPM yang telah berkerja keras menjayakan Majlis ini.
    Semoga kita semua berjumpa lagi di tahun hadapan... 

    Monday, December 19, 2011

    ZIARAH LEBARAN PART2

    ZIARAH LEBARAN
    22 SEPTEMBER 2011
    RUMAH 1 - NUR SYAMIM NABILAH
    RUMAH 2 - PUTERI NUR ADRIANA MAISARAH
    Program ini dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan dan tolong-menolong antara murid, guru dan ibubapa. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara guru dan ibubapa malah dengan murid juga. Semoga murid-murid dapat menghayati dan mengambil iktibar daripada program ini.



    **apa yang di pandang tu Syaheed..makan banyak-banyak yer

    **menjamu selera di rumah Syamin...suap Rahim jangan tak suap..Yummy...Sedap


    ** pakcik terima kasih banyak yer...dapat makan dapat godies lagi

    **beraya pula di rumah Maisarah..siap sewa kanopi takut anak-anak x dapat duduk n makan... 

    **terima kasih mak maisarah yg menjamu kami dengan makanan yg menyelerakan.
    **terima kasih berbanyak semoga berjumpa lagi di tahun hadapan

    ZIARAH LEBARAN PART 1

    ZIARAH LEBARAN
    20 SEPTEMBER 2011 DAN 22 SEPTEMBER 2011
    RUMAH 1 - MOHD AMIR ASYRAT BIN ROSLI
    RUMAH 2 - MOHD HANIF IDZHAM BIN HANAFI

    Ziarah lebaran diadakan untuk mendedahkan kepada murid-murid pendidikan khas tentang kepentingan meraikan Hari Raya dan sikap saling bermaaf-maafan sesama sendiri di hari Raya. Aktiviti ini juga diadakan bagi memupuk sikap saling kunjung-mengunjungi dan ziarah menziarahi sesama saudara-mara dan rakan.




    **murid-murid berkumpul, sambil mendengar ucapan dari tuan rumah. 



    **bergambar kenangan bersama tuan rumah Ayah Amir Asyraf

    **terima kasih pakcik.. 

    **beraya pula dirumah Hanif pula...terima kasih makcik... 

    **bergerak pulang ke sekolah...

    ADAPTASI MATEMATIK

    ADAPTASI MATEMATIK
    TUNAS MART, TAMAN MAHKOTA 
    26 JULAI 2011
    SEMUA MURID PENDIDIAKAN KHAS DAN PRA PENDIDIKAN KHAS
    GURU DAN PPM

    MATAPELAJARAN BERKAITAN : MATEMATIK, PENGURUSAN TINGKAH LAKU, KEMAHIRAN MANIPULATIF, PENGURUSAN DIRI


    Program ini adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan memberi peluang kepada pelajar mempertingkatkan mobiliti di samping mendedahkan mereka kepada pengalaman semasa membeli dan mengira wang. Program seumpama ini sangat penting untuk kanak-kanak istimewa bagi mendekatkan diri dengan dunia dunia luar yang mampu merangsang perkembangan kognitif seiring dengan perkembangan fizikal. Selain itu, program ini juga akan mengeratkan  hubungan sosial dengan semua lapisan masyarakat dan memupuk  semangat kerjasama di kalangan pelajar. Selain itu, mereka juga dilatih untuk berdikari, menghadapi dugaan dan cabaran dengan penuh keyakinan, menjadi insan yang berketerampilan dan berguna kepada masyarakat.

    **murid-murid beratur untuk masuk ke dalam Tunas Mart 



    **murid-murid dibawa melawat di sekitar kawasan Tunas Mart.. 


    **syaheed bersama barang-barang yang telah dipilih 



    **wakil dari Tunas Mart memberi cenderahati kepada semua murid-murid.. 

    **bergambar kenangan di hadapan Tunas Mart.

     Terima kasih kepada Tunas Mart yang sudi menerima kunjungan kami dari SK Cenderawasih.
    Terima kasih juga kepada Guru dan PPM dalam menjayakan aktiviti Adaptasi Matematik bagi murid-murid Pendidikan Khas.
    Semoga tahun hadapan kita boleh lagi menjalankan aktiviti seperti ini.

    Wednesday, December 14, 2011

    SUKAN TAHUNAN SEKOLAH


    Sukan sekolah di adakan pada 15 Mei 2011 hari Ahad bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Cenderawasih. Bermacam-macam acara yang di pertangdingkan. Bagi murid-murid pendidikan khas juga tidak terkecuali. Mereka juga menyertai acara sukan yang di pertandingkan menyikut kategori dan rumah sukan masing-masing..


    **murid-murid pend. khas bersedia di garisan permulaan untuk memulakan larian 50 meter

    **Murid-murid bersedia untuk memulakan perbarisan

    **Syaheed bersama kumpulan rumah Merah, dengan medal masing-masing



    **Rahim bersama kumpulan rumah Biru memenangi acara 4 x 50 meter campuran

    Monday, December 12, 2011

    SAMBUTAN HARI IBU

    MAJLIS SAMBUTAN HARI IBU
    16 JUN 2011
    PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN CENDERAWASIH
    PENGLIBATAN : IBU @ BAPA MURID PEND KHAS DAN PRA PEND KHAS


    OBJEKTIF :

    • Murid dapat melahirkan kasih sayang kepada ibubapa
    • Murid melakukan sesuatu perkara yang mengembirakan ibubapa
    • Murid menghargai betapa pentingnya ibubapa
    • Murid dapat menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan
    • Murid dan ibupada dapat menyambut hari ibu bersama-sama

    8.00.pagi - Ketibaan ibubapa, walaupun tidak semua ibu yang datang tetapi terdapat juga bapa yang mengantikan ibu yang tidak dapat hadir.dimulakan dengan ucapan Puan Salmah GPK Pend. Khas dan diikuti ucapan Guru besar Puan Kamariah bt Nan.




    Acara di mula dengan murid memberi cederahati berupa coklat yg bertulis Selamat Hari Ibu kepada ibu masing-masing selepas bersalam dan mencium ibu masing-masing

    Seterusnya acara sukaneka iaitu mencari kertas yg tertera nama ibu masing-masing yang di taburkan di atas tikar bersama-sama nama guru bagi mengelirukan murid. Murid akan mencari ibu dan menyerahkan nama tersebut. acara sukaneka ini di sertai murid dari kelas Berlian dan Delima.



    Acara membaling belon berisi air kepada ibu masing-masing oleh murid kelas Intan dan Mutiara. Murid yg ibunya tidak hadir tempat ibu mereka di ganti oleh Cikgu dan PPM. murid harus membaling belon kepada ibu masing-msing dan sambut, jika belon pecah dan jatuh mereka akan terkeluar dari permainan ini.




    Seterusnya acara bagi kumpulan 3 iaitu dari kelas Zamrud, Nilam , Baiduri ,Kristal dan Pra Sekolah Pend.Khas. Permainan ini adalah menutup mata murid-murid dan mereka harus mencari arah suara ibu masing-masing. Ibu pula hendaklah memanggil nama anak mereka , dan menuju kepada ibu masing-masing.





    Acara terakhir adalah merebut gula-gula dan jeli...oleh murid-murid mengikut kumpulan




    Sebelum acara berakhir, murid-murid berbaris dihadapan ibu, bagi menyanyikan lagu " Jasa Bonda". Ramailah para ibu yang sebak dan terharu mendengar lagu yang dinyanyikan oleh anak mereka.


    Setelah semuanya selesai, ibubapa dijemput menjamu selera sambil didendangkan lagu-lagu yang bertemakan Ibu..

    Terima kasih tidak terhingga kepada ibubapa yang hadir pada majlis tersebut. Terima kasih juga kepada Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid serta semua yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Ibu Murid Mendidikan Khas bagi tahun 2011...Semoga dengan adanya Sambuatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak-anak.