Monday, December 12, 2011

SAMBUTAN HARI IBU

MAJLIS SAMBUTAN HARI IBU
16 JUN 2011
PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN CENDERAWASIH
PENGLIBATAN : IBU @ BAPA MURID PEND KHAS DAN PRA PEND KHAS


OBJEKTIF :

  • Murid dapat melahirkan kasih sayang kepada ibubapa
  • Murid melakukan sesuatu perkara yang mengembirakan ibubapa
  • Murid menghargai betapa pentingnya ibubapa
  • Murid dapat menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan
  • Murid dan ibupada dapat menyambut hari ibu bersama-sama

8.00.pagi - Ketibaan ibubapa, walaupun tidak semua ibu yang datang tetapi terdapat juga bapa yang mengantikan ibu yang tidak dapat hadir.dimulakan dengan ucapan Puan Salmah GPK Pend. Khas dan diikuti ucapan Guru besar Puan Kamariah bt Nan.




Acara di mula dengan murid memberi cederahati berupa coklat yg bertulis Selamat Hari Ibu kepada ibu masing-masing selepas bersalam dan mencium ibu masing-masing

Seterusnya acara sukaneka iaitu mencari kertas yg tertera nama ibu masing-masing yang di taburkan di atas tikar bersama-sama nama guru bagi mengelirukan murid. Murid akan mencari ibu dan menyerahkan nama tersebut. acara sukaneka ini di sertai murid dari kelas Berlian dan Delima.



Acara membaling belon berisi air kepada ibu masing-masing oleh murid kelas Intan dan Mutiara. Murid yg ibunya tidak hadir tempat ibu mereka di ganti oleh Cikgu dan PPM. murid harus membaling belon kepada ibu masing-msing dan sambut, jika belon pecah dan jatuh mereka akan terkeluar dari permainan ini.




Seterusnya acara bagi kumpulan 3 iaitu dari kelas Zamrud, Nilam , Baiduri ,Kristal dan Pra Sekolah Pend.Khas. Permainan ini adalah menutup mata murid-murid dan mereka harus mencari arah suara ibu masing-masing. Ibu pula hendaklah memanggil nama anak mereka , dan menuju kepada ibu masing-masing.





Acara terakhir adalah merebut gula-gula dan jeli...oleh murid-murid mengikut kumpulan




Sebelum acara berakhir, murid-murid berbaris dihadapan ibu, bagi menyanyikan lagu " Jasa Bonda". Ramailah para ibu yang sebak dan terharu mendengar lagu yang dinyanyikan oleh anak mereka.


Setelah semuanya selesai, ibubapa dijemput menjamu selera sambil didendangkan lagu-lagu yang bertemakan Ibu..

Terima kasih tidak terhingga kepada ibubapa yang hadir pada majlis tersebut. Terima kasih juga kepada Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid serta semua yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Ibu Murid Mendidikan Khas bagi tahun 2011...Semoga dengan adanya Sambuatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak-anak.

No comments:

Post a Comment