Monday, December 12, 2011

AKTIVITI BOLING

TARIKH : 19 APRIL 2011
TEMPAT : PREMIUM LANE , KUANTAN PLAZA
PENGLIBATAN : 40 ORANG MURID PEND KHAS ,
2 ORANG MURID PRA PEND. KHAS
14 GURU
5 PPM
MATAPELAJARAN BERKAITAN :
  1. PENGURUSAN TINGKAH LAKU
  2. KEMAHIRAN MANIPULATIF
  3. PENGURUSAN DIRI
  4. MATEMATIK
  5. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Aktiviti boling ini diadakan untuk mendedahkan kepada murid-murid pendidikan khas tentang kemahiran motor halus dan motor kasar bagi meningkatkan daya ketahanan diri, mengurus diri, membina keyakinan diri. Melalui aktiviti ini dapat memupuk semangat kesukanan dan menerapkan sifat budaya menjaga kesihatan diri.

**murid-murid berkumpul belum aktiviti bermula

**Guru membantu murid-murid membaling bola boling
Aktiviti boling ini merupakan program penting bagi memenuhi keperluan murid-murid pendidikan khas dalam usaha mempertingkatkan proses pembelakjaran di luar bilik darjah, kemahiran kinestatik, iaitu motor kasar dan motor halus. Aktiviti ini dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong antara murid, dan guru serta semua yang terlibat dalam aktiviti ini.Murid-murid juga dapat mengenal erti berkongsi dan kerjasama antara satu sama lain dan dapat mengeratkan silaturahim antara guru dan murid. Semoga murid-murid dapat menghayati dan mengambil iktibar dari program ini.

No comments:

Post a Comment