Monday, December 19, 2011

ADAPTASI MATEMATIK

ADAPTASI MATEMATIK
TUNAS MART, TAMAN MAHKOTA 
26 JULAI 2011
SEMUA MURID PENDIDIAKAN KHAS DAN PRA PENDIDIKAN KHAS
GURU DAN PPM

MATAPELAJARAN BERKAITAN : MATEMATIK, PENGURUSAN TINGKAH LAKU, KEMAHIRAN MANIPULATIF, PENGURUSAN DIRI


Program ini adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan memberi peluang kepada pelajar mempertingkatkan mobiliti di samping mendedahkan mereka kepada pengalaman semasa membeli dan mengira wang. Program seumpama ini sangat penting untuk kanak-kanak istimewa bagi mendekatkan diri dengan dunia dunia luar yang mampu merangsang perkembangan kognitif seiring dengan perkembangan fizikal. Selain itu, program ini juga akan mengeratkan  hubungan sosial dengan semua lapisan masyarakat dan memupuk  semangat kerjasama di kalangan pelajar. Selain itu, mereka juga dilatih untuk berdikari, menghadapi dugaan dan cabaran dengan penuh keyakinan, menjadi insan yang berketerampilan dan berguna kepada masyarakat.

**murid-murid beratur untuk masuk ke dalam Tunas Mart 



**murid-murid dibawa melawat di sekitar kawasan Tunas Mart.. 


**syaheed bersama barang-barang yang telah dipilih 



**wakil dari Tunas Mart memberi cenderahati kepada semua murid-murid.. 

**bergambar kenangan di hadapan Tunas Mart.

 Terima kasih kepada Tunas Mart yang sudi menerima kunjungan kami dari SK Cenderawasih.
Terima kasih juga kepada Guru dan PPM dalam menjayakan aktiviti Adaptasi Matematik bagi murid-murid Pendidikan Khas.
Semoga tahun hadapan kita boleh lagi menjalankan aktiviti seperti ini.

No comments:

Post a Comment