Thursday, December 22, 2011
GRADUASI PRA
Tuesday, December 20, 2011
MAJLIS HARI LAHIR DAN AKHIR TAHUN
OBJEKTIF :
Monday, December 19, 2011
ZIARAH LEBARAN PART2
22 SEPTEMBER 2011
RUMAH 1 - NUR SYAMIM NABILAH
RUMAH 2 - PUTERI NUR ADRIANA MAISARAH
Program ini dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan dan tolong-menolong antara murid, guru dan ibubapa. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara guru dan ibubapa malah dengan murid juga. Semoga murid-murid dapat menghayati dan mengambil iktibar daripada program ini.
ZIARAH LEBARAN PART 1
ADAPTASI MATEMATIK
Wednesday, December 14, 2011
SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
Sukan sekolah di adakan pada 15 Mei 2011 hari Ahad bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Cenderawasih. Bermacam-macam acara yang di pertangdingkan. Bagi murid-murid pendidikan khas juga tidak terkecuali. Mereka juga menyertai acara sukan yang di pertandingkan menyikut kategori dan rumah sukan masing-masing..
Monday, December 12, 2011
SAMBUTAN HARI IBU
PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN CENDERAWASIH
PENGLIBATAN : IBU @ BAPA MURID PEND KHAS DAN PRA PEND KHAS
OBJEKTIF :
- Murid dapat melahirkan kasih sayang kepada ibubapa
- Murid melakukan sesuatu perkara yang mengembirakan ibubapa
- Murid menghargai betapa pentingnya ibubapa
- Murid dapat menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan
- Murid dan ibupada dapat menyambut hari ibu bersama-sama
8.00.pagi - Ketibaan ibubapa, walaupun tidak semua ibu yang datang tetapi terdapat juga bapa yang mengantikan ibu yang tidak dapat hadir.dimulakan dengan ucapan Puan Salmah GPK Pend. Khas dan diikuti ucapan Guru besar Puan Kamariah bt Nan.
Acara di mula dengan murid memberi cederahati berupa coklat yg bertulis Selamat Hari Ibu kepada ibu masing-masing selepas bersalam dan mencium ibu masing-masing
Seterusnya acara sukaneka iaitu mencari kertas yg tertera nama ibu masing-masing yang di taburkan di atas tikar bersama-sama nama guru bagi mengelirukan murid. Murid akan mencari ibu dan menyerahkan nama tersebut. acara sukaneka ini di sertai murid dari kelas Berlian dan Delima.
Acara membaling belon berisi air kepada ibu masing-masing oleh murid kelas Intan dan Mutiara. Murid yg ibunya tidak hadir tempat ibu mereka di ganti oleh Cikgu dan PPM. murid harus membaling belon kepada ibu masing-msing dan sambut, jika belon pecah dan jatuh mereka akan terkeluar dari permainan ini.
Seterusnya acara bagi kumpulan 3 iaitu dari kelas Zamrud, Nilam , Baiduri ,Kristal dan Pra Sekolah Pend.Khas. Permainan ini adalah menutup mata murid-murid dan mereka harus mencari arah suara ibu masing-masing. Ibu pula hendaklah memanggil nama anak mereka , dan menuju kepada ibu masing-masing.
Acara terakhir adalah merebut gula-gula dan jeli...oleh murid-murid mengikut kumpulan
Sebelum acara berakhir, murid-murid berbaris dihadapan ibu, bagi menyanyikan lagu " Jasa Bonda". Ramailah para ibu yang sebak dan terharu mendengar lagu yang dinyanyikan oleh anak mereka.
Setelah semuanya selesai, ibubapa dijemput menjamu selera sambil didendangkan lagu-lagu yang bertemakan Ibu..
Terima kasih tidak terhingga kepada ibubapa yang hadir pada majlis tersebut. Terima kasih juga kepada Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid serta semua yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Ibu Murid Mendidikan Khas bagi tahun 2011...Semoga dengan adanya Sambuatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak-anak.